My Design 1

Wednesday, August 26, 2015

Kisah Tun Fatimah dan Sultan Mahmud Shah

Dalam buku teks sejarah, kita tidak mempelajari mengenai Tun Fatimah dengan Sultan Mahmud.  Namun, cerita ini sangat popular semasa zaman kanak-kanak saya.  Namun pada hari ini, cerita ini sudah jarang diperdengarkan, mungkin kerana ditakuti kelemahan kepimpinan pada masa itu juga dijadikan asas kepada cerita ini.  Walaubagaimanapun, saya memandang cerita ini dari sudut yang berbeza.  Cerita Tun Fatimah harus dijadikan pengajaran besar dalam sistem pemerintahan Melaka.  Cerita ini begitu inspirasi sehingga difilemkan pada tahun 1962.

Mungkin ramai yang tahu, semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah berlakulah Zaman Kemerosotan Melaka. Walaubagaimanapun, separuh daripada pemerintahan pertama Sultan Mahmud Shah masih lagi dikategorikan sebagai “GEMILANG” atas jasa Bendara Tun Perak.  Namun setelah, Bendahara Tun Perak meninggal dunia, maka bermula perpecahan perpaduan di antara pembesar sendiri tambahan pula kepimpinan Sultan Mahmud Shah terlalu bergantung kepada Bendahara Tun Perak semasa beliau masih hidup.

                Berbalik dengan kisah Tun Fatimah. Apakah kaitan di antara Tun Fatimah dengan Sultan Mahmud Shah? Siapakah geranganTun Fatimah yang menyedarkan Sultan Mahmud Shah yang leka dengan kuasanya?.  Ceritanya bermula selepas Bendahara Tun Perak meninggal dunia, jawatan Bendaraha itu diambil alih oleh Bendahara Tun Mutahir yang merupakan seorang Bendahara yang sangat setia dan bertimbang rasa dan beliau adalah bapa kepada Tun Fatimah. Pada masa itu, Tun Fatimah telah pun bertunang dengan Tun Ali.  Bila Sultan Mahmud berjumpa dengan Tun Fatimah?. Sultan Mahmud berjumpa dengan Tun Fatimah semasa menghadiri perkahwinan Tun Fatimah bersama Tun Ali.  Pada masa itulah Sultan Mahmud jatuh hati kepada Tun Fatimah yang sememangnya seorang perempuan Melayu yang cantik.


Persoalannya, mengapa Sultan Mahmud berasa tidak puas hati kepada Bendahara Tun Mutahir?.  Sebelum itu, anda harus faham situasi pada zaman itu, iaitu dari sudut Sultan sebagai Sultan Melaka baginda berasa sepatutnya kehendak Sultan harus diutamakan terlebih dahulu. Disebabkan itu baginda terasa diketepikan kerana pada baginda sepatutnya Bendahara Tun Mutahir menunjukkan anak perempuannya kepada Sultan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan mengenai perkahwinan.    Manakala dari sudut Bendahara Tun Mutahir pula, iaitu sebagai seorang Bendahara yang tahu mengenai luar dalam sikap Sultan dan dalam pada masa yang sama sebagai seorang bapa pula lebih mementingkan kebahagiaan anaknya yang sudah diketahui masyarakat mengenai percintaan antara Tun Fatimah dan Tun Ali.  

Bagaimanakah pengakhiran cerita ini? Apakah yang terjadi kepada Bendahara Tun Mutahir? Apakah yang terjadi kepada Tun Fatimah? Bagaimana Tun Fatimah menyedarkan Sultan Mahmud Shah yang mementingkan diri sendiri itu? Cerita bersambung..............