My Design 1

Wednesday, August 26, 2015

Kisah Tun Fatimah dan Sultan Mahmud Shah

Dalam buku teks sejarah, kita tidak mempelajari mengenai Tun Fatimah dengan Sultan Mahmud.  Namun, cerita ini sangat popular semasa zaman kanak-kanak saya.  Namun pada hari ini, cerita ini sudah jarang diperdengarkan, mungkin kerana ditakuti kelemahan kepimpinan pada masa itu juga dijadikan asas kepada cerita ini.  Walaubagaimanapun, saya memandang cerita ini dari sudut yang berbeza.  Cerita Tun Fatimah harus dijadikan pengajaran besar dalam sistem pemerintahan Melaka.  Cerita ini begitu inspirasi sehingga difilemkan pada tahun 1962.

Mungkin ramai yang tahu, semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah berlakulah Zaman Kemerosotan Melaka. Walaubagaimanapun, separuh daripada pemerintahan pertama Sultan Mahmud Shah masih lagi dikategorikan sebagai “GEMILANG” atas jasa Bendara Tun Perak.  Namun setelah, Bendahara Tun Perak meninggal dunia, maka bermula perpecahan perpaduan di antara pembesar sendiri tambahan pula kepimpinan Sultan Mahmud Shah terlalu bergantung kepada Bendahara Tun Perak semasa beliau masih hidup.

                Berbalik dengan kisah Tun Fatimah. Apakah kaitan di antara Tun Fatimah dengan Sultan Mahmud Shah? Siapakah geranganTun Fatimah yang menyedarkan Sultan Mahmud Shah yang leka dengan kuasanya?.  Ceritanya bermula selepas Bendahara Tun Perak meninggal dunia, jawatan Bendaraha itu diambil alih oleh Bendahara Tun Mutahir yang merupakan seorang Bendahara yang sangat setia dan bertimbang rasa dan beliau adalah bapa kepada Tun Fatimah. Pada masa itu, Tun Fatimah telah pun bertunang dengan Tun Ali.  Bila Sultan Mahmud berjumpa dengan Tun Fatimah?. Sultan Mahmud berjumpa dengan Tun Fatimah semasa menghadiri perkahwinan Tun Fatimah bersama Tun Ali.  Pada masa itulah Sultan Mahmud jatuh hati kepada Tun Fatimah yang sememangnya seorang perempuan Melayu yang cantik.


Persoalannya, mengapa Sultan Mahmud berasa tidak puas hati kepada Bendahara Tun Mutahir?.  Sebelum itu, anda harus faham situasi pada zaman itu, iaitu dari sudut Sultan sebagai Sultan Melaka baginda berasa sepatutnya kehendak Sultan harus diutamakan terlebih dahulu. Disebabkan itu baginda terasa diketepikan kerana pada baginda sepatutnya Bendahara Tun Mutahir menunjukkan anak perempuannya kepada Sultan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan mengenai perkahwinan.    Manakala dari sudut Bendahara Tun Mutahir pula, iaitu sebagai seorang Bendahara yang tahu mengenai luar dalam sikap Sultan dan dalam pada masa yang sama sebagai seorang bapa pula lebih mementingkan kebahagiaan anaknya yang sudah diketahui masyarakat mengenai percintaan antara Tun Fatimah dan Tun Ali.  

Bagaimanakah pengakhiran cerita ini? Apakah yang terjadi kepada Bendahara Tun Mutahir? Apakah yang terjadi kepada Tun Fatimah? Bagaimana Tun Fatimah menyedarkan Sultan Mahmud Shah yang mementingkan diri sendiri itu? Cerita bersambung..............

Wednesday, July 22, 2015

Tuesday, April 14, 2015

Kurang Meminat Subjek Sejarah

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Saya rasa isu "kurang meminati subjek sejarah" bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah hampir seluruh dunia. Persoalannya mengapa? Faktor utama pelajar tidak meminati subjek ini kerana "faktor pelajar itu sendiri". "Tidak MINAT"!! Kenapa??? 

Sebab-sebab utama pelajar tidak meminati subjek ini ialah :-

a) kerana tidak faham
b) Kenapa perlu belajar "orang yang sudah mati"
c) Guru boring!!!
d) Banyak yang perlu dihafal dan diingat
e) Tiada digunakan untuk masa depan


Penyelesaiannya?? Minat atau tak, anda perlu belajar sejarah .. kenapa?

a) Subjek wajib lulus bagi peringkat peperiksaan SPM
b) Tiada ilmu yang rugi untuk dipelajari di dunia ini.

Ramai pelajar tidak sedar bahawa "Sejarah"juga adalah SAINS..hal ini kerana untuk membutktikan sesuatu peristiwa pengkaji sejarah perlu menggunakan kajian saintifik untuk mengesahkan sesuatu peristiwa yang dikaji.

Dan yang paling penting,,sejarah itu akan berulang... ilmu sejarah itu mungkin tidak berguna semasa SPM, tapi percayalah apabila anda semakin matang baru anda sedar, apa itu Dunia... dan Sejarah adalah jawapan bagi setiap persoalan dan merungkai setiap peristiwa.  Cuma tunggu dan lihat...

Sejarah juga membuktikan "Jatuh bangun sesebuah kerajaan/negara bergantung kepada kewibawaan pemimpin" tetapi manusia juga tidak pernah mahu belajar daripada kesilapan lalu kerana merasakan sejarah itu tidak penting tanpa mereka sedar itu adalah kesilapan mereka yang paling besar.  Dan masih ramai lagi yang tidak sedar betapa pentingnya sejarah hanya kerana mereka rasa "yang dah lepas biarkan berlalu" tetapi yang sebenarnya "ambil pengajaran dari masa lalu" ibarat ambil yang jernih buang yang keruh.

Ok, berbalik pada blog ini, tujuan saya bangunkan blog ini adalah untuk pelajar PT3 saya 2014. So saya ambil keputusan untuk membina blog ini bagi membantu pelajar saya untuk mendalami subjek ini. Ok. Selamat Maju Jaya

Thursday, April 4, 2013

Kaedah Kajian


Panduan Pemilihan Tajuk


Pada sesiapa yang masih belum pilih tajuk. Ini adalah kriteria yang dikehendaki. Bagaimana hendak pilih ikut kesesuaian tajuk adalah bergantung kepada ciri-ciri berkenaan: a. Bersifat setempat b. Skala kecil-kecilan c. Pulangan kecil/punca pendapatan keluarga d. Teknologi mudah/rendah e. Tenaga kerja (keluarga/penduduk setempat) f. Modal kecil

Wednesday, April 3, 2013

Cara Penulisan Senarai Kandungan


Cara Penulisan Tajuk Kajian


Contoh Penulisan Objektif Kajian


Contoh Penulisan Penghargaan


Kaedah Kajian (Pilih 4 yang berkaitan)


1.Kaedah Temu Bual Melalui kaedah temu ramah, saya telah menemu bual ................................dari ............................................untuk mandapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang kajian ini. 2. Kaedah lawatan dan pemerhatian Saya telah melawat .................................... untuk mengkaji bagaimana pengusaha tersebut memproses, dan memasarkan produk tempatan tersebut. Banyak maklumat berguna dapat diperolhi berdasarkan pemerhatian saya di sini. 3. Kaedah analisis dokumen Saya juga turut merujuk dokumen dari .................................. untuk memastikan kesahihan fakta yang ada. Dengan ini, penulisan kajian saya tidak akan diragui akan kebenarannya. 4. Kaedah penyelidikan perpustakaan Saya juga turut mengunjungi perpustakaan ...............................untuk menjalankan penyelidikan sumber-sumber yang ada di situ. Dengan penyelidikan sumber yang pelbagai seperti buku ilmiah, akhbar, majalah dan sebagainya akan menguatkan lagi kajian saya. 5. Muat turun internet Saya turut menggunakan kemudahan ict yang terdapat dalam negara kita dengan melayari laman sesawang produkyang dikaji malah turut memuat turun bahan yang terdapat sebagai rujukan. 6. Kaedah Audio visual Saya juga turut menggunakan kaedah audio visual dengan melihat rancangan .................................... Dengan maklumat yang diperolehi akan memantapkan lagi kajian yang saya lakukan ini.

Sunday, March 31, 2013

Kaedah Kajian (Syarat)


Kaedah kajian adalah bergantung kepada bahan yang awak ada. Bahan : Orang Sumber - Kaedah adalah Kaedah Temubual Bahan : Buku/Majalah/Jurnal/Eksplodia - Kaedah adalah Penyeledikan Perpustakaan Bahan : Internet - Kaedah adalah Kaedah Muat Turun Internet Bahan : Melawat Tempat Kejadian - Kaedah Melawat Lawatan / Pemerhatian Bahan : VCD/ Rancangan TV/Radio - Kaedah Audio Visual Bahan : Lain2 Sumber (Lesen/Sijil) - Kaedah penganalisis dokumen Kaedah Kajian mestilah cukup 4, pemilihan kaedah adalah bergantung kepada bahan yang dipililh. Bagaimana penulisan Kaedah Kajian akan dilampirkan selepas ini

Objektif Kajian


Melalui kajian ini, saya dapat : 1. Mengenalpasti sumber-sumber sejarah yang tepat dan benar. Malah, secara tidak langsung ini akan dapat memberi pemahaman dan melatih diri saya dalam membuatkan satu kajian yang bersifat ilmiah. 2. Mengukuhkan hubungan sosial dengan masyarakat setempat. Ini disebabkan ketika menjalankan kajian ini, saya akan berhubung dengan masyarakat setempat untuk mendapatkan maklumat. Secara tidak langsung, hubungan dalam masyarakat dapat dieratkan dan semangat kerjasama akan wujud. 3. Menghargai dan menanam semangat patriotisme dalam diri saya dan generasi muda yang lain. Dengan kajian ini, akan masyarakat akan lebih menghargai produk tempatan yang terdapat di negara ini.

Penghargaan

Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru Sejarah saya iaitu Cik Nurain Omar kerana telah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya bagi menyiapkan kerja kursus ini. Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya iaitu ...............................................dan .................................kerana telah memberi saya semangat dan dorongan untuk menyiapkan kerja kursus ini. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada ............................................ yang telah berbesar hati memberi kerjasama dan membenarkan saya membuat kajian tentang produk yang telah diusahakan dan dipasarkan pada penduduk setempat. Akhir sekali, kalungan terima kasih kepada sahabat-sahabat saya iaitu .............................dan ......................................yang banyak membantu dan memberi komen ketika menyiapkan kerja kursus ini. Tunjuk ajar, kerjasama dan dorongan yang diberikan oleh semua pihak membolehkan saya berjaya menyiapkan kerja kursus sejarah dengan jayanya.

Panduan Memilih Tajuk

Tajuk yang dipilih mestilah ada konsep SARA DIRI = Tiada Label mahupun Kedai yang dah kukuh. Contoh:- a. Penjual kuih/makanan kecil-kecilan (bukan restoran) contoh: karipap/nasi lemak/ pisang goreng/ cendol/ sate (apa sahaja yang berkaitan) b. Penternak lembu c. Penjual sayur Sebarang soalan sila kemukakan disini